TMM2024: Semua Pihak PBT Bekerjasama Rapat

17 September – Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) akan bekerjasama rapat bagi menjayakan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, kata EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin.

Katanya, beliau kagum dengan pelbagai persiapan dan pengisian pelancongan telah dirangka bagi memeriahkan TMM 2024, tahun hadapan.

Tambahnya, bagi menjayakan pelbagai program pelancongan ini, hebahan perlu dibuat agar rakyat khususnya pengunjung dari dalam dan luar Melaka mendapat maklumat mengenai program yang telah dirangka.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#carfreezone
#zonbebaskenderaan
#santaibandahilir
#bandahilir
#mbmb
#tahunmelawatmelaka
#tmm2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy