17 September – Inisiatif Zon Bebas Kenderaan di sebahagian jalan di Banda Hilir pada Sabtu mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatatkan lingkungan 12,000 ke 15,000 pengunjung setakat lima minggu pelaksanaan ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, ia dapat dilihat menerusi ‘crowd monitoring system’ yang merekodkan jumlah kedatangan pengunjung ke Banda Hilir selepas jam 6 petang hingga 12 tengah malam.
Malam tadi, pengunjung yang hadir ke Banda Hilir juga berpeluang menonton persembahan ‘Night Stunt’ tim akrobatik Red Warrior Army Tentera dan beberapa lagi pertunjukan menarik sempena program Santai@Banda Hilir.
Mana lagi, Melaka ler…
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#carfreezone
#zonbebaskenderaan
#santaibandahilir
#bandahilir
#mbmb
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV