MAIM Raikan 5 Pasangan Mempelai Mualaf

17 September – Lima pasangan mempelai mualaf diraikan dengan menaiki beca pada majlis Walimatul Urus anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Hotel Puteri Bay di Pantai Puteri, semalam.

Salah satunya adalah pasangan dari Tanjung Minyak, Nur Hanisah Rosli, 32 dan pasangannya Mohd Khair Lantob (mualaf) yang terharu tidak perlu mengeluarkan wang untuk perbelanjaan majlis kerana semuanya telah ditanggung pihak MAIM.

Acara tahunan itu juga membantu memudahkan urusan saudara baharu mengenal Islam lebih dekat menerusi perkahwinan.

Semalam, majlis itu dihadiri Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Rosli Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MAIM
#MajlisAgamaIslamMelaka
#mualaf
#raikancinta
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

18 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy