16 September – Seramai 300 individu diraikan selepas berjaya menjadi ‘volunteer’ atau sukerelawan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada Majlis Pelancaran Sukarelawan Pelancongan Tahun Melawat Melaka 2024 di sebuah hotel, di Banda Hilir hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata jumlah itu bagaimanapun akan meningkat dari semasa ke semasa bagi menggamit lebih ramai pelancong pada tahun hadapan.
Mengikut rekod, setakat ini, penyertaan bagi menjadi volunteer TMM 2024 mencatatkan hampir 2,000 orang.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#sukarelawan
#volunteer
#tmm2024
#tahunmelawatmelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV