Kajian “No Right Turn” Dalam Tempoh Sebulan

15 September – Kerajaan Negeri Melaka akan meneruskan projek rintis ‘No Right Turn’ di persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, pelbagai maklum balas akan dikaji dalam tempoh kajian itu bagi memastikan kaedah berkenaan mampu membantu melancarkan penyuraian trafik di kawasan tersebut.

Projek yang pada masa sama membuka kaedah laluan baharu di sekitar Taman Paya Rumput Utama itu turut akan memberi limpahan ekonomi buat peniaga di kawasan sekitar.

Terdahulu, Ketua Menteri memulakan lawatan di Persimpangan Stadium Hang Jebat itu seawal jam 6.15 pagi tadi bagi melihat keadaan trafik hasil daripada pelaksanaan projek itu yang telah berjalan sejak lima hari lalu.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#NoRightTurn
#LampuIsyarat
#StadiumHangJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

22 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy