Jabatan, Agensi Pembangunan Infrastruktur Digital Dan Telekomunikasi Melaka Diraikan

12 September – Sebanyak 23 organisasi, jabatan dan agensi kerajaan diraikan pada Majlis Apresiasi Program Pemerkasaan Infrastruktur Digital dan Telekomunikasi Negeri Melaka di sebuah hotel, di Kuala Lumpur, semalam.

Kesemua penerima menerima penghargaan kerana menyediakan perkhidmatan komunikasi bagi memastikan pembangunan infrastruktur telekomunikasi Negeri Melaka berjalan lancar.

Pada majlis tersebut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turut menyampaikan replika cek bernilai RM1,422,903 daripada MITCH kepada Lembaga Tabung Amanah Melaka yang diwakili Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MITCH
#Komunikasi
#Telekomunikasi
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy