Guna Taktik ‘Stesen Minyak Mini’ Seleweng Minyak Diesel Bersubsidi

12 September – Tindakan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar selepas serbuan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman tengah malam tadi menemui sejumlah 25,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam tangki bernilai hampir RM87,500.

Kes itu kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka pada jam 11 pagi, tadi.

Mengikut laporan, sindiket itu dipercayai menjadikan sebuah gudang sebagai ‘stesen minyak mini’ sejak lebih sebulan lalu di Paya Rumput.

Turut ditahan, empat lelaki warga tempatan berusia 20-an hingga 40-an.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KPDN
#sindiketminyak
#minyakdieselbersubsidi
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

22 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy