Golongan OKU Juga Tidak Ketinggalan Menjiwai Kemerdekaan

14 September – Status sebagai golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menghalang mereka mempamerkan semangat patriotik menerusi program Semarak Merdeka Madani 2023 PPDK Jasin yang diadakan di pekarangan sebuah pasar raya, hari ini.

Selain nyanyian lagu patriotik, program itu meriah dengan pelbagai acara seperti pertandingan busana dan deklamasi sajak sempena kemerdekaan dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin.

Mengikut rekod, sebanyak 17 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) diwujudkan di negeri ini di mana PPDK merupakan pertubuhan yang mendapat pembiayaan oleh kerajaan bagi memastikan segala urusan pendidikan dan penjagaan anak-anak kurang bernasib baik ini terjamin.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PPDK
#OKU
#harimalaysia
#kemerdekaan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy