Steroid, Produk Tidak Berdaftar RM8.3 Juta Dirampas

7 September – Sejumlah 642 produk mengandungi steroid anabolik dan produk tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menerusi Ops Pharma yang diadakan di sekitar bandar Melaka, semalam.

Pengarah JKNM Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, serbuan yang dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Melaka dengan kerjasama Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan CPF Negeri Sembilan serta Johor itu adalah hasil aduan awam diterima.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#RampasanSteroidAnabolik
#OperasiPharma
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

33 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy