2 Minggu Bagi Tempoh Percubaan “No Right Turn”

7 September – Persimpangan Stadium Hang Jebat di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) menjadi lokasi pertama bagi projek perintis percubaan pelaksanaan ‘No Right Turn’ bermula jam 12 tengah malam, 11 September ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, tempoh percubaan itu akan dilaksanakan sepenuh masa selama dua minggu.

Beliau berkata selepas sesi temubual secara langsung pada Program Dialog 1.30@Melaka FM mengenai inisiatif ‘No Right Turn’ di RTM Melaka.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#Percubaan
#NoRightTurn
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

46 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy