Zakat Melaka Terima Lebih RM80 Juta Sehingga Julai 2023

5 September – Mengikut rekod, jumlah kutipan zakat keseluruhan di Melaka sehingga 31 Julai 2023 adalah sebanyak RM 81.1 juta.

Dari segi agihan zakat pula, dalam tempoh Januari hingga Julai 2023, Seksyen Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengagihkan Bantuan Dana Zakat berjumlah RM 25 juta kepada asnaf yang berhak di Negeri Melaka melalui pelbagai skim dan program agihan
bantuan.

Seramai 8,277 orang asnaf fakir dan miskin mengikut parlimen, dari tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin telah menerima manfaat Bantuan Wang Agihan Zakat ini.

Terdahulu dalam program tersebut, FGV Holdings Berhad melunaskan pembayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM 200,000.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#FGV
#Zakat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

11 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy