Lebih 800 Pemancing Ikan Air Tawar Berentap Di Sungai Melaka

3 September – Lebih 800 pemancing daripada pelbagai negeri membanjiri pesisiran Sungai Melaka Fasa 2 berentap merebut gelaran juara dalam Pertandingan Memancing (Pra Joran) Sempena Bulan Kemerdekaan 2023.

Program itu dimulakan selepas dilancarkan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Pertandingan julung kali diadakan itu turut menawarkan RM5,000 bagi tempat kedua diikuti RM3,000 bagi ketiga serta 47 saguhati buat pemancing.

Pada program itu juga turut menganjurkan Pertandingan Memasak yang dijadual akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#sungaimelaka
#pertandinganmemancing
#ikanairtawar
#ppspm
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

13 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy