30,000 Pengunjung Raikan Ambang Merdeka

31 Ogos – Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Melaka, malam tadi diwarnai dengan pelbagai pengisian antaranya program berbentuk kerohanian, kibaran jalur gemilang, persembahan kebudayaan, nyanyian artis popular selain gerai jualan untuk pengunjung.

Ia disertai kira-kira 30,000 pengunjung daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa bagi bersama-sama menantikan detik 12 malam 31 Ogos.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyampaikan amanatnya pada Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan serta barisan Exco Kerajaan Melaka.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HariKebangsaan
#Merdeka
#merdeka66
#TekadPerpaduanPenuhiHarapan
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

1 view

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy