ADUN Duyong, Wartawan MHI Antara Penerima Pingat Kebesaran Melaka Sesi Ketiga

27 Ogos – “Penganugerahan ini milik seluruh orang Duyong,” kata Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Melaka, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Mohd Noor Helmy antara 343 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka menerima gelaran Datuk pada sesi ketiga Istiadat Penganugerahan sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Beliau antara 83 penerima termasuk Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Sapiah Mohd Nor, menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada istiadat yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Duyong
#KerajaanNegeriMelaka
#SambutanHariJadiTYT
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

1 view

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy