Suasana Gamat Di Melaka Fun Ride & Run Banda Hilir

20 Ogos – Suasana gamat di Banda Hilir dengan kehadiran orang ramai yang tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti ‘jalan-jalan malam’ (Fun Ride & Run) sempena Program Malam Belia Berkarya Santai bertempat di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, malam tadi.

Program tersebut merupakan anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Yayasan Belia Dunia.

Dalam program tersebut, seramai hampir 1,000 orang peserta dari dalam dan luar Melaka berjalan sepanjang 2.5 kilometer (km) sambil menikmati permandangan malam di Bandar Melaka.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba pada jam 9.15 malam tadi sambil sekali gus merasmikan Program Malam Belia Berkarya Santai yang bertemakan 60-an.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#malambeliaberkaryasantai
#funride
#funrun
#jalanjalanmalam
#bandahilir
#mbmb
#mgbm
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

15 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy