Promosi TMM2024 Giat Dijalankan

16 Ogos – Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) terus giat dipromosikan ke beberapa negara luar bagi menarik pelancong antarabangsa ke negeri ini.

“Setakat ini segala jadual tentang TMM2024 akan dikeluarkan untuk kita pastikan ia dapat disesuaikan dengan masa dan keadaan,” katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Promosi TMM2024 di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.

Sebanyak 1,000 kenderaan disasarkan akan menerima pelekat kenderaan itu sebagai menyemarakkan lagi promosi TMM2024.

Ikuti kami
https://t.me/melakatv

#Merdeka
#HariKebangsaan
#Patriotik
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy