Pangkalan Data Himpun Koleksi Pantun Melaka Bakal Dilancarkan

3 Ogos – Satu pangkalan data menerusi sebuah laman web rasmi Gerbang Pantun Melaka bakal dilancarkan bertujuan untuk memartabatkan seni warisan itu di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, laman sesawang itu bakal menjadi rujukan dan menyimpan koleksi pantun Negeri Melaka. Koleksi pantun terbaik akan diambil dan dipamerkan pada pintu gerbang di setiap pintu masuk ke Melaka bagi menambah elemen kebudayaan serta warisan di negeri ini.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#pantun
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

26 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy