1 Ogos – Kerajaan Negeri Melaka tidak bercadang untuk membangunkan sebuah hospital baharu dalam masa terdekat sebaliknya akan menumpukan fokus terhadap menaik taraf perkhidmatan di hospital sedia ada.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, projek menaik taraf itu membabitkan Hospital Melaka, Alor Gajah dan Jasin.
“Antaranya membangunkan blok wanita dan kanak-kanak di Hospital Melaka menelan kos sebanyak RM700 juta.
“Peruntukan RM17 Juta juga telah diluluskan untuk menaik taraf dewan belah kedua di Hospital Alor Gajah manakala cadangan membangunkan blok tambahan di Hospital Jasin juga telah diangkat,” katanya.
-FHZ
Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv
#SidangDUNMelaka
#DUNMelaka
#DewanUndanganNegeriMelaka
#KerajaanNegeriMelaka
#HospitalMelaka
#Hospital
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV