Melaka Perkasa ‘Formula’ IPR Bantu Noktah Kemiskinan

1 Ogos – Bagi membantu isi rumah miskin dan B40, Kerajaan Negeri Melaka menyahut inisiatif kerajaan memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sebagai langkah memastikan mereka mampu keluar daripada kepompong kemiskinan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Noordin berkata, menerusi inisiatif tersebut, golongan itu berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

“Kerajaan Negeri Melaka berusaha menangani isu miskin tegar selaras hasrat Perdana Menteri yang sentiasa menginginkan miskin tegar dapat dibantu supaya jumlah ini dapat dikurangkan.

“IPR ini bersifat serampang dua mata iaitu menangani pendapatan keluarga miskin tegar dan pada masa sama menyelesaikan masalah ekonomi harian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada hari kedua Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka yang Kelima Belas di Seri Negeri, hari ini.

Mengikut rekod, setakat 21 Julai 2023, jumlah miskin tegar di negeri ini adalah seramai 1,457 orang.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#SidangDUNMelaka
#DUNMelaka
#DewanUndanganNegeriMelaka
#KerajaanNegeriMelaka
#IPR
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy