Kerk Chee Yee Timbalan Speaker DUN Baharu

31 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.

Chee Yee dilantik pada Persidangan Kedua, Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15, hari ini, selepas namanya dicadangkan oleh ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan disokong ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin.

Cadangan Chee Yee sebagai Timbalan Speaker DUN telah mendapat sokongan seramai 24 ADUN, dua berkecuali manakala dua tidak hadir.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#SidangDUN
#DUNMelaka
#KerajaanNegeriMelaka
#DewanUndanganNegeriMelakaKelimaBelas
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

58 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy