Datuk Mustafa Musa Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara

31 Julai – Pengurus Besar tabung Pendidikan Amanah Negeri Melaka (TAPEM), Datuk Mustafa Musa dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Beliau dilantik pada Persidangan Kedua, Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15, hari ini, selepas namanya dicadangkan oleh Ketua Menteri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan disokong ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan.

Pelantikan anak jati Pulau Sebang itu telah mendapat sokongan seramai 24 ADUN, dua berkecuali manakala dua tidak hadir.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#SidangDUN
#DUNMelaka
#AhliDewanNegara
#KerajaanNegeriMelaka
#DewanUndanganNegeriMelakaKelimaBelas
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

231 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy