AKF 2023: Kazakhstan Juara, Tun Mahu Lebih Banyak Kejohanan Dunia Di Melaka

23 Julai – Kazakhstan muncul juara keseluruhan Kejohanan Karate Asia ke-19 yang berakhir di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh tadi dengan mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, empat perak dan empat gangsa.

Jepun muncul naib juara dengan tiga emas, tiga perak dan dua gangsa keseluruhan dengan lapan pingat manakala Iran pula menduduki tangga ketiga selepas memperoleh tiga emas, dua perak dan tujuh gangs.

Skuad karate negara menduduki tangga ke-13 dengan meraih tiga gangsa selepas trio berpasukan Kata wanita meraih gangsa ketiga negara selepas menewaskan Hong Kong pada hari terakhir kejohanan.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#Karate
#ACW
#KarateAsia
#KejohananKarateAsia
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

11 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy