Gelanggang Kejohanan Karate Asia Kali Ke-19 Kini Dibuka

21 Julai – Paluan gendang sebanyak enam kali oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuka tirai Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan tiba di perkarangan dewan kejohanan pada jam 4.28 petang disambut oleh kenamaan dan pemimpin kanan negeri.

Seramai 388 atlet mewakili 32 negara akan berentap dalam beberapa kategori pada kejohanan itu bermula hari ini hingga Ahad.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#Karate
#KarateAsia
#AsianSeniorKarateChampionship
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

22 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy