Mantan Speaker DUN Melaka Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

19 Julai – Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H Melaka meraikan 13 tokoh Islam antaranya Tokoh Belia Islam (Anugerah Ali Bin Abi Talib), Tokoh Warga Istimewa (Anugerah Abdullah Bin Ummi Maktum) dan Tokoh Aktivis Muslim (Anugerah Salman Al-Farisi).

Turut diperkenalkan Anugerah Fatimah Az-Zahra bagi memberi pengiktirafan kepada golongan ibu yang menyumbang jasa.

Dalam majlis tersebut, anugerah utama tokoh Maal Hijrah diberikan kepada Datuk Wira Othman Muhamad yang merupakan Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Sementara itu, Lee Se Pin merupakan penerima Anugerah Ibnu Uraiqith untuk tokoh bukan Muslim.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#MaalHijrah
#TokohMaalHijrah
#awalmuharram
#JAIM
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

66 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy