Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad Terima Sambutan Luar Biasa

14 Julai – Seramai 50,000 umat Islam membanjiri program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad malam tadi di Dataran Sejarah Ayer Keroh sekali gus mencetuskan fenomena luar biasa.

Acara Melaka bermunajat itu dimulakan dengan alunan selawat qasidah diketuai Ustaz Sayyid Arshid sebelum laungan azan Maghrib oleh Ustaz Abdul Karim Al-Makki.

Program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah sebelum acara utama dimulakan dengan ceramah disampaikan oleh Ustaz Abdul Somad Batubara sempena Maal Hijrah.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam serta barisan Exco dan Adun Kerajaan Negeri Melaka.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#MelakaBermunajat
#TuanGuruAbdulSomad
#Qasidah
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

30 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy