Momen 50 An Di Pekan Brisu

Minum kopi dan makan roti bakar di Kedai Kopi Baba di Pekan Brisu ni, seolah melangkah ke era sebelum Merdeka. Rasa seperti kembali ke zaman silam menikmati aroma kopi ‘kaw’ yang dihidang menggunakan cawan dan piring corak klasik.

Dengan hidangan roti dibakar menggunakan dapur kayu arang, momen seperti ini memang susah dicari. Itu antara punca pelanggan terus ketagih untuk terus ke kedai diusahakan Lok Moi lebih 50 tahun.

Moi yang menginjak 75 tahun tetap bersemangat meneruskan perniagaan itu. Baginya apa yang dilakukan adalah mengulangi semua detik dan memori indah ketika bersama mendiang suaminya.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#KopitiamKlasik
#Nostalgia
#Brisu
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

124 views

Shares