Ihtifal Lughawi Tonjolkan Bakat Pelajar Dalam Bahasa Arab

4 Julai – Pertandingan Ihtifal Lughawi Sekolah Sekolah (ILSS) Peringkat Daerah Alor Gajah menerima sambutan hebat apabila disertai 60 buah sekolah membabitkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan dalam daerah berkenaan.

Pertandingan ILSS yang berlangsung selama dua hari menganjurkan tujuh kategori pertandingan antaranya Da’i Cilik, Kalam “Arabi, Mimbar Da’i, Mimbar Da’i Bahasa Mandarin, Kalimatus Sobah, Hiwar dan Kuiz Bahasa Arab.

Program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Tambichik Karim ini dijadulkan majlis penutupannya esok oleh Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam, dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#IhtifalLughawi
#Syarahan
#BahasaArab
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

43 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy