Penduduk Diselubungi Asap Misteri

28 Jun – “Entah daripada mana datangnya bau asap ini,” itu kata salah seorang penduduk Taman Krubong Jaya yang dihimpit dengan pencemaran bau dan asap sejak bertahun lalu.

Asap itu dikatakan ‘datang’ menyerang penduduk taman itu pada sebelah malam dan dijangka berpunca daripada kegiatan haram pihak industri yang tidak bertanggungjawab.

Selain menjejaskan kualiti udara, penduduk mengeluh asap tersebut turut mengganggu kesihatan mereka bahkan mereka berdepan sakit tekak dan pedih mata.

Penduduk rayu tindakan pantas pihak berwajib menyelesaikan isu berkenaan dengan segera.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Asap
#Bau
#PencemaranBau
#PencemaranAsap
#Krubong
#TamanKrubongJaya
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

98 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy