Smart Partnership Usahawan IKS Perkukuh Rangkaian Strategik

25 Jun – Terdahulu, seramai 33 usahawan di bawah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerima Anugerah Smart Partnership Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS).

Kesemua anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Dari jumlah penerima, seramai 19 penerima anugerah Kencana Bakti, tujuh penerima anugerah Mutiara Citra dan tujuh penerima anugerah Derma Bakti Citra.

Turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) DMDI Melaka, DMDI Putrajaya bersama 19 syarikat swasta, agensi kerajaan, persatuan dan usahawan seluruh negara.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#SmartPartnership
#DuniaMelayuDuniaIslam
#Usahawan
#DMDI
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

145 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy