Majlis Selawat Cipta Rekod

20 Jun – Program Lendu Berselawat 2023 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR). Program hibrid yang disertai pelajar UiTM seluruh negara itu diadakan serentak secara di atas talian dengan dipimpin daripada kumpulan Hadrah Shubhanul Muhibbin, secara tidak langsung merekodkan penyertaan terbesar negara dalam himpunan berselawat.

“Kira-kira 5,000 pelajar telah memenuhi majlis pada malam ini dari ketiga-tiga kampus UiTM di Melaka, UiTM Rembau, Negeri Sembilan termasuk penglibatan pelajar dari Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Melaka (UNIMEL) dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).” kata Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor. Tambahnya, program julung kali anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menghimpunkan 11,386 pelajar UiTM seluruh negara berpusat di Dewan Taming Sari, UiTM Lendu malam tadi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HimpunanSelawatCiptaRekod
#UiTM
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

45 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy