Nasi Lemak Viral Eye On Jadi Buruan

14 Jun – Sejak tular, Peniaga Nasi Lemak Pantai Eye On di Kota Laksamana, Ramlan Abdul Rahman, tidak menang tangan melayani pelanggan yang sanggup beratur panjang demi menikmati nasi lemak air tangannya.

Mengusahakan perniagaan itu sejak sembilan tahun lalu, katanya, selain keenakan sambal yang menepati citarasa orang Melaka, faktor harganya juga membuatkan orang ramai memberikan sokongan terhadap perniagaannya.

Malah katanya, dia juga terpaksa mengehadkan kuantiti pembelian iaitu hanya sepuluh bungkus nasi lemak sahaja dijual kepada seorang pelanggan pada satu-satu masa.

Begitulah penangan Nasi Lemak Pantai Eye On. Orang Melaka dah cuba ke?

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#NasiLemakEyeOn
#NasiLemakPantai
#NasiLemakExora
#PortMakanBest
#MakanMakan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

75 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy