Pendidikan Islam Sentiasa Diberi Keutamaan

15 Jun – Dalam Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Peringkat Negeri 2023, Norlida Mahmud telah dipilih sebagai Tokoh Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas jasanya mengajar selama 37 tahun, mengharungi pelbagai cabaran demi kemenjadian pelajar.

Sesungguhnya jasa guru-guru JAIM ini sentiasa dihargai bahkan Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada bidang pendidikan terutama Pendidikan Agama Islam di negeri ini.

Kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam ucapan beliau, pendidikan agama merupakan pelaburan yang mesti dijana demi kelangsungan dan ketamadunan bangsa, negeri dan negara pada masa hadapan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#JAIM
#HariGuruJAIM
#JabatanAgamaIslamMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy