Nikmati Sajian Jawa Indonesia Dengan Si Comel

15 Jun – Menikmati sajian enak berasaskan hidangan Jawa Indonesia sambil melihat ragam ‘si bulus’ daripada pelbagai baka menjadi tarikan sebuah kafe kucing, Catwalk Studio di Kota Fesyen Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Selain menjadi kafe, zoo mini kucing yang dimuatkan dalam ruangan kaca lut sinar membolehkan peminat si bulus terutama kanak-kanak mendekati dan memegang haiwan manja itu dengan bayaran berpatutan.

Menurut pemilik kafe tersebut, Muhammad Ariff Abd Ghani, selain sebagai pusat rawatan kucing, penubuhan kafe itu juga sebenarnya bertujuan memberi elemen terapi minda kepada pelanggannya.

Kafe itu dibuka setiap hari kecuali Khamis daripada jam 11 pagi sehingga 7 malam.

Ikuti laporan Melaka TV bersama wartawan Liana Sahabudin dan Jurukamera, Aufa ‘Izzati.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#CatwalkStudio
#KafeKucing
#PencintaKucing
#PeminatKucing
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy