Melaka Cadang Wujud Taman Perindustrian Jerman

14 Jun – Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri ke Jerman pada 27 Mei hingga 5 Jun lalu bakal membawa pulangan pelaburan sebanyak RM4.5 bilion.

Susulan daripada Misi Galakan Pelaburan ke Jerman itu juga, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan German Industrial Park atau Taman Perindustrian Jerman di negeri ini.

Kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, taman itu akan menempatkan semua syarikat dari Jerman yang beroperasi di Negeri Melaka pada masa hadapan di dalam satu kawasan yang khusus.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MisiGalakanPelaburanJerman
#Jerman
#TamanPerindustrianJerman
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

27 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy