Pameran Karya Pelajar Di Balai Seni Lukis Melaka

6 Jun – “Kita lihat anak-anak yang masih kecil ini gemar dan berbakat dalam seni lukisan, sebagai contoh hari ini pelajar sekolah antarabangsa Malacca Expatriate School (MES) Secondary menghasilkan karya-karya yang menakjubkan.” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Akramuddin Ab. Aziz. Inisiatif itu bagi mengetengahkan bakat terpendam anak-anak muda di negeri ini khususnya mereka yang masih bersekolah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran Met ‘Art’ Morphosis – Journey Towards The New Normal di Balai Seni Lukis Melaka.

Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menggalakkan pelajar – pelajar sekolah yang ada di negeri ini menjadikan Balai Seni Lukis sebagai lokasi untuk mempamerkan hasil seni karya mereka.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PameranMetArtMorphosis
#BalaiSeniLukisMelaka
#Perzim
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

300 views

Shares