MSCSPGA Mohon Kaji Larangan Merokok Kepada Kelahiran Selepas 2007

6 Jun – Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) dan 44 persatuan lain meminta kerajaan meninjau semula RUU Generasi Penamat (GEG Bills). Presidennya, Wong Teu Hoon memohon agar mengkaji semula larangan merokok bagi mereka yang lahir selepas 2007.

Teu Hoon berpendapat RUU tersebut tidak akan menyelesaikan masalah tembakau, malah akan lebih buruk dengan kemasukan rokok seludup. Tambahnya, apa yang lebih penting adalah pendidikan dan peningkatan penguatkuasaan untuk mengurangkan tabiat merokok.

MSCSPGA telah mengirim memorandum kepada 220 Ahli Parlimen agar larangan tersebut dikaji semula. Mereka bimbang larangan itu akan mendorong perokok membeli rokok seludup, yang mana berpotensi merugikan 25,000 peniaga kedai kopi dan menyebabkan penutupan sejumlah besar kedai.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Isu
#LaranganMerokok
#KedaiKopi
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares

You might like

© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy