25 Mei – Peminat warisan, seni dan budaya, inilah masanya untuk anda memberi sokongan kepada Program Menyemarakkan Seni dan Budaya – Gegau Seni Budaya @Melaka (GSBM), yang akan diadakan di Kompleks JKKN Melaka pada 27 dan 28 Mei ini.
Pelbagai aktiviti seni yang disediakan antaranya Bicara Karya: TANAH AIR; Malam Gala Gegau Seni Budaya @Melaka, Muzikal “Cak Kun Cak”, Kopi-kopi Dondang Sayang Vol.1, Pertandingan Juara Pantun Melaka -Terbuka, Bengkel Nyanyian Irama Malaysia, Bengkel Tari Hujung Minggu – Resital, Cabaran Gasing Terbuka – Kategori Duo & Bertiga, Peragaan Cosplay dan banyak lagi.
Gegau Seni Budaya @ Melaka pastinya akan mengangkat martabat warisan kebudayaan negara ke peringkat dunia. Kalau kita tidak memberikan sokongan, siapa lagi? Ayuh!
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#JKKN
#Gegau
#Seni
#Budaya
#JKKNMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV