Berlalu Sudah Syawal

21 Mei – Proses cerapan anak bulan Zulkaedah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi semalam menampakkan bayangnya, sekali gus menandakan tamatnya sambutan bulan Syawal tahun ini.

Bayang anak bulan Zulkaedah dicerap menerusi garis ufuk sekitar jam 7.15 malam tadi disaksikan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah.

Program cerapan bulan Zulkaedah dan Astro-Tourism semalam disertai kira-kira 400 orang dalam kalangan peminat falak, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Syawal
#Zulkaedah
#144H
#CerapAnakBulan
#AlKhawarizmi
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

9 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy