10 Prakarsa Demi Kebajikan Guru

16 Mei – 10 prakarsa yang diperkenalkan adalah:

1. Penambahbaikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2022 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan di mana menjadi dasar kementerian menggalakkan murid sekolah menganjurkan lawatan murid sekolah berasaskan pendidikan.

2. Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan sepuluh buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

3. Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.

4. KPM bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.

5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia sewaktu bertugas.

6. Pemansuhan kutipan sumbangan Hari Guru.

7. Mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia.

8. Mempertingkat peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.

9. KPM dalam menjaga kebajikan guru ialah penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.

10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu Mampu Milik.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Prakarsa
#GuruInsaniPemangkinGenerasiMadani
#SelamatHariGuru
#SambutanHariGuruKebangsaan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

27 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy