Tembikai Terima Permintaan Tinggi Ramadan & Syawal

10 Mei – Tembikai bersaiz ‘gergasi’ di ladang yang diusahakan Toh Soon Heng di Tehel, pernah mencecah 12 kilogram. Uniknya tembikai ini tiada biji seperti tembikai lain kebiasaannya.

“Setiap hari saya akan pastikan tanaman disiram sebanyak dua kali iaitu pada waktu pagi pukul 10 dan pukul empat petang, tetapi untuk pokok yang kecil hanya disiram sekali sehari,” kata Soon Heng

“Pada Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, memang banyak permintaan saya terima daripada pelanggan.” tambahnya yang punya pengalaman selama 20 tahun.

Hasil kerja keras, pada awalnya dia hanya mengusahakan tanaman berkenaan di kampung halamannya Selandar. Namun dek kerana permintaan kian meningkat, tanaman itu diperluas di kebun keduanya di Tehel.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#TembikaiGergasi
#TiadaBiji
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

37 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy