Penyanyi Otai Gegar Villa D’Acqua

6 Mei – Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka 2023 di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, malam tadi.

Dengan pelbagai juadah raya disediakan, pada majlis itu pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi ‘otai’ seperti Datuk Nash, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip.

Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan pemimpin tertinggi negeri termasuk Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berkesempatan hadir malam tadi.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#VillaDAqua
#RumahTerbuka
#RumahTerbukaHariRRayaAidilfitri
#BadanPerhubunganUMNO
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

34 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy