27 April – Tiada kata dapat mengungkapkan betapa hibanya rasa dapat menatap wajah insan tersayang saat melangkah keluar daripada tembok besi yang selama ini mengurung jasadnya dek kesalahan lalu.
Bagai diberi peluang kedua, Nurul (bukan nama sebenar) yang merupakan antara Orang Bebas Berlesen (OBB) Penjara Sungai Udang tidak mahu terus dibayangi masa silam sebaliknya berazam mahu menebus kembali sisa masa yang hilang selama ini.
Lebih bermakna, kepulangannya disambut ibu tercinta baru-baru ini mewarnai kembali Aidilfitri yang dianggap sudah ‘terkubur’ dalam kegelapan tembok besi.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#PeluangKedua
#SisaMasaYangHilang
#Banduan
#PenjaraSungaiUdang
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV
Views:
20 views