27 April – Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka pada 29 April (Sabtu) ini bakal menyajikan lebih 70 jenis juadah hari raya untuk pengunjung yang hadir bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Bertemakan floral (bunga-bungaan) dengan 60 gerai makanan, pengunjung dapat menikmati pelbagai menu disediakan antaranya roti canai, ketupat, rendang, mi goreng, kebab dan banyak lagi.
Lebih menarik, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan oleh artis tanah air kita seperti Siti Nordiana, Ameng Spring, Amir Ukays dan ramai lagi.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#RumahTerbukaAidilfitri
#Aidilfitri
#Syawal2023
#OpenHouse
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV
Views:
82 views