25 April – Mengambil resipi daripada bapa mentua, pengusaha lemang, Ali Isnin Alili bersyukur apabila makanan ‘wajib’ Hari Raya Aidilfitri buatannya itu semakin mendapat tempat.
Mengusahakan lemang sejak lebih 10 tahun lalu, Ali yang juga pesara tentera memaklumkan dia mendapat reaksi positif daripada rata-rata pelanggan kerana lemangnya dikatakan lembut dan cukup lemak.
Kebiasaannya pelanggan akan membeli lemang yang dijualnya bersama Rendang Tok di gerainya di Lebuh Raya AMJ.
Anda yang menggunakan Lebuh Raya AMJ itu bolehlah singgah membeli lemang tapi kalau tak berkesempatan, jumpa raya tahun depan pula.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#Lemang
#JualLemang
#Aidilfitri
#LemangPakAli
#AMJ
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV
Views:
33 views