Tun Mohd Ali Tunai Solat Sunat Aidilfitri Bersama 10,000 Jemaah

22 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 jemaah di Masjid Al-Azim, pagi ini.

Hadir sama mengiringi beliau, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Matiman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Datuk Muhammad Hashim Al-Hafiz selepas ibadah itu dimulakan dengan alunan takbir raya.

Terdahulu Tun Mohd Ali yang berbusana lengkap berwarna coklat bersama isteri tiba di perkarangan masjid kira-kira jam 7.45 pagi seterusnya melawat lima Makam Pahlawan Melaka.

Suasana solat sunat Aidilfitri di masjid tersebut kali ini meriah apabila ruangan masjid di bahagian bawah dilihat penuh dengan jemaah muslimin dan muslimat yang hadir.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#TYT
#TunMohdAli
#KerajaanNegeriMelaka
#SolatAidilfitri
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy