Jualan Khas Madani Bakal Diteruskan

20 April – Program yang berlangsung selama tujuh hari bermula 14 April, menawarkan pelbagai jenis produk pertanian segar dan agromakanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam, telur, produk keluaran Agromas, produk berasaskan industri makanan serta asas tani.

Kerajaan berhasrat meneruskan program seumpama ini pada setiap perayaan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga lebih berpatutan.

Baru-baru ini, dalam program Jelajah Ramadan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Usahawan Negeri Melaka turut menyampaikan kit bantuan dan duit raya kepada 160 asnaf selain 40 anak yatim serta 20 ibu tunggal.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#MatSabu
#MohamadSabu
#FAMA
#JualanKhasMadani
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

3 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy