Majlis Bacaan Yasin Perdana Sambut Ulang Tahun Ke-20 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman hadir ke Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Di Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, semalam.

Majlis bacaan yasin telah dipimpin oleh Mufti Melaka, Sahibus Samahah Datuk WiraAbdul Halim Tawil.

Di majlis tersebut, sumbangan wang tunai turut disampaikan kepada 76 orang pelajar tahfiz daripada Darul Ulum Al-Islamiyyah, Balai Panjang dan Pondok Darul Ulum Al-Arabiyyah Al Islamiyyah, Pulau Gadong selain sumbangan sebanyak RM3,000 turut disumbangkan kepada masjid berkenaan.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#SejahterakanBandarayaku
#MBMB2Dekad
#BacaanYasinPerdana
#TunMohdAli
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy