Belia Bina Jati Diri Dengan Al-Quran

14 April – ‘Program Rakan Muda Ramadan’  dilihat mampu menyuntik elemen positif dalam membangunkan modal insan dengan cara mendekatkan diri dengan Al-Quran dan Sunnah.

Ia memandangkan program anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka bersama Pengurusan Masjid Al-Alami MITC mempunyai beberapa pengisian yang bersesuaian seperti Solat Fardhu Berjemaah, Tazkirah, Tadarus & Khatam Al-Quran, Agihan Bubur Lambuk, Sumbangan Kebajikan dan Tahlil.

Rata-rata peserta yang ditemui memberikan reaksi positif terhadap penganjuran program tersebut sebagai galakan kepada mereka mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Dalam program tersebut, seramai 50 orang penerima ASNAF OKU menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka sempena meraikan aildilfitri yang bakal menjelma.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#KBS
#RakanMuda
#RakanMudaRamadhan
#Belia
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy