Bapa Tiri Mengaku Salah Rogol Remaja 16 Tahun Sejak 2020

14 April – Tertuduh, 36 tahun yang juga merupakan seorang pengajar kelas renang membuat pengakuan itu sejurus 32 pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.

Mengikut 11 pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 16 tahun.

Tertuduh turut didakwa atas lapan pertuduhan di bawah Seksyen 377CA kanun sama atas pertuduhan melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa sama yang boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi 12 pertuduhan lagi, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan kerana dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu dengan cara memegang anggota sulitnya bagi tujuan seksual.

Tertuduh turut didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya melepasi 16 tahun.

Kesemua perbuatan terkutuk itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Maju dalam daerah Jasin antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023.

Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv

#BapaTiri
#BapaDurjana
#RogolAnakTiri
#Jasin
#Remaja16tahun
#Mahkamah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

173 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy