Remaja Perempuan Dirogol Bapa Tiri

9 April – Ibu kandung dan bapa tiri kepada seorang remaja ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pasangan suami isteri berusia 40 dan 36 tahun itu masing-masing ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Mengikut fakta kes, mangsa dipercayai dirogol bapa tirinya sejak 2020 dan emaknya ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan (KK) dan 109 KK.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Rogol
#KesRogol
#BapaTiri
#BapaRogol
#Remaja
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

244 views

Shares